CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 17, 2008

Kat KL

Kat KLCC

Kat Taman Tasik Perdana

Aus Kat Taman Tsik Perdana

Kayt Taman Herba

Aus Masa naik train

Kat Tugu Negara

Kat Tugu Negara

Kat Tugu Negara

Mandi kat Rumah Haikal [Kolam Dewasa]

Mandi kat Rumah Haikal [Kolam Kanak-Kanak]

Haikal


Thursday, October 02, 2008

Gambar Raya Keluarga Nabil

Keluarga Ku

Keluarga Pak Ngah & Mak Ngah

Keluarga Pak Lang & Mak Lang

Keluarga Pak Cik & Mak Cik

Pak Busu & Mak Usu

Keluarga Pak Andak & Mak Andak

Keluarga Sulaiman & Molina

Aizat & Soleha

Thursday, June 05, 2008

Holiday at Gunung Ledang

Ini Boss kita
Ini ialah salah seorang pekerja IRMYWAN ENTERTAIMENT sdn. bhd. Ada gaya macam badang
Semua muka belum mandiDi Hutan Lipur
Boss dgn Boss. Boss lagi satu tak ade
Ahli IRMYWAN sdn. bhd. sedang bertapaSemua dah nak balik
Ini gambar bos dengan pekerja-pekerja

Saturday, May 24, 2008

Tanah Jerlus di Pekan Panchor











Assalamu’alaikum warahmatullah.

Pada petang semalam (Ahad, 20 Apr 2008), telah berlaku kejadian tanah jerlus di Pekan Panchor, Muar. Kejadian tersebut berlaku sebanyak 2 kali iaitu yang kecil berlaku pada jam 6:15 petang, dan yang besar berlaku setengah jam kemudian. Kejadian tersebut yang dipercayai berlaku akibat mendapan tanah di tebing Sungai Panchor yang tidak kuat strukturnya telah mengakibatkan beberapa kenderaan turut tenggelam iaitu 5 van, 3 kereta dan 1 buah lori kecil. Ketika kejadian, penduduk sedang sibuk mengunjungi pasar malam yang di berada di Jalan Abdullah yang terletak di sepanjang tebing sungai tersebut. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan yang dilaporkan berlaku.

Sebaik mendapat maklumat, pasukan DERU JIM Muar telah bergegas ke tempat kejadian pada jam 8:30 malam diketuai oleh akh Cikgu Norhan. Sebaik sampai di Pekan Panchor, kami terus ke tempat kejadian. Kelihatan para peniaga di kedai yang terletak berhampiran tebing sungai tersebut sedang sibuk mengikut arahan polis agar mengosongkan premis mereka. Pihak polis dari Balai Polis Panchor telah pun berada di tempat kejadian bagi mengawal keadaan dan keselamatan terutama para pengunjung dan peniaga pasar malam.

Kami sempat ke salah sebuah kedai makan yang pernah kami ziarahi sewaktu menyampaikan bantuan banjir bersama Tim DERU JIM Johor pada 21 Oktober tahun lalu (sila lihat attachment email yang disertakan). Alhamdulillah di situ kami bertemu semula dengan Hj. Masjuki Ramli. Turut menyambut kedatangan kami ialah isteri beliau, Pn. Halimah Paiman dan anaknya En. Nizam. Beliau tersenyum dan masih ingat lagi sebaik sahaja kami memperkenalkan diri dari JIM yang pernah menyampaikan bantuan banjir kepada anak perempuan beliau, Pn.Manja pada tahun lepas. En. Nizam sempat merakamkan beberapa keping gambar ketika kejadian berlaku dan menceritakan bagaimana suasana menjadi kelam kabut apabila pengunjung dan peniaga pasar malam bertempiaran lari menyelamatkan diri. Ketika sedang mendengar cerita mereka, kami dikunjungi pula oleh Ketua Polis Daerah Muar yang baru sampai ke situ untuk meninjau tempat kejadian. Alhamdulillah kedai makan mereka tidak mengalami sebarang kerosakan walaupun berada lebih kurang 1 meter sahaja dari kesan runtuhan. Namun mereka dinasihatkan agar mengosongkan premis sehingga telah dipastikan keadaan benar-benar selamat.